Selamat Datang Ke Qulhaq Consultancy

Kami di Qulhaq Consultancy komited memberikan perkhidmatan kepada semua dengan penuh rasa kemesraan, kejujuran dan keikhlasan. Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap professional, tekun, mudah didekati dan bersopan santun. Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan
perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisen, efektif dan produktif.

 

Produk Terhangat Qulhaq Consultancy

img

Program yang paling mendapat sambutan hangat! Gandakan kebolehan anak-anak anda dengan menghantar mereka mengikuti Bengkel Bijak Sifir Kaedah SifuTaj yang memerlukan masa selama sehari sahaja untuk mereka menguasai sifir tanpa perlu lagi menghafal.
Klik sini

img

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Klik sini

img

Gunakan kaedah bijak dalam menguruskan nota pelajaran, uruskan masa belajar secara bijak. Pelajari pelbagai teknik dan strategi pintar SifuTaj sebelum menghadapi peperiksaan.
Klik sini

Mahu tingkatkan keputusan subjek Matematik anak anda? Usah risau... hantarlah anak anda untuk kami bantu mendapatkan keputusan yang lebih baik! Seminar Bijak Formula yang dinanti-nantikan kini sudah tiba!!!
Klik sini

Program Latihan

Kami menyediakan berbagai program latihan kepimpinan dan motivasi yang merangkumi peserta dalam pelbagai peringkat usia dari pelajar sekolah hingga ke kakitangan kerajaan dan swasta. Latihan terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

Kaedah latihan kami mampu memberi inspirasi dan panduan kepada peserta untuk meneroka kekuatan dalam diri, menghormati diri sendiri dan orang lain. Mampu bekerja secara kreatif, fokus, harmoni dan hormat menghormati. Nilai yang kami pegang dalam menjalankan program latihan: Berkata Benar, Kasih Sayang, Hormat Menghormati, Professional dan Kerja Berpasukan.

Pusat Latihan

Pusat Latihan kami yang terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak boleh memuatkan sehingga 20 orang peserta, dilengkapi sistem hawa dingin, kerusi dan meja tulis yang selesa, alat projektor dan whiteboard. Selain dari kemudahan ini, kami juga menyediakan perkakasan untuk aktiviti-aktiviti perkhemahan yang diadakan di luar seperti khemah dan lain-lain.

Siapa Kami!

Qulhaq Consultancy ditubuhkan pada tahun 2009 dan kini merupakan sebuah syarikat perunding dalam perkhidmatan latihan, program motivasi, kem musim cuti, program kepimpinan, "teambuilding", dan kami juga terlibat secara terus dalam menyediakan alat bantu latihan dan juga penerbitan. Selain memiliki pusat latihan sendiri di Bandar Meru Raya, program latihan kami juga dijalankan di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak dengan sasaran pesert utama terdiri dari pelajar, institusi kerajaan dan swasta, masyarakat serta individu.

Baca seterusnya...