PengenalanQulhaq mula dikenali dengan InTouch Enterprise yang mula ditubuhkan pada 2004 yang berfokus kepada Program Latihan Motivasi, Team Building, Keibubapaan, Staf dan menjalankan perniagaan yang berorentasikan alat bantu latihan dan perkakasan teknologi maklumat. Kemudian pada tahun 2008 ditukar kepada Qulhaq Resources seterusnya mula menubuhkan lagi sebuah syarikat Qulhaq Consultancy. Qulhaq telah menjalankan perkhidmatannya ke seluruh Malaysia dengan sasaran pelanggan utama yang terdiri institusi-institusi kerajaan, swasta, persendirian dan masyarakat secara keseluruhannya. Qulhaq kini mempunyai pusat latihan sendiri terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh dengan tujuan sesi kaunseling individu dan kelompok, program latihan dan kelas-kelas bimbingan. Qulhaq Consultancy lebih dikenali dengan produk Bijak Sifir Kaedah Sifu Taj yang mula diperkenalkan pada tahun 2010. Kini nama Bijak Sifir Kaedah Sifu Taj sudah mula dikenali di seluruh Malaysia kerana modulnya yang istimewa iaitu penguasaan sifir tanpa perlu menghafal malah meningkatkan kreativiti anak-anak terhadap penguasaan Matematik agar menjadi lebih baik. Bagi menghasilkan modul ini, pengasas modul Cr. Muhamad Tajudin Bin Mustafa (Sifu Taj) telah menjalankan kajian selama 9 tahun bagi memastikan formula yang disampaikan adalah yang terbaik malah Sifu Taj masih meneruskan kajiannya. Walau bagaimanapun, syarikat masih meneruskan program-program latihan seperti motivasi bagi pelajar sekolah, motivasi kerja, keibubapaan, pelajar universiti dan kakitangan kerana kepuasan dan keberkesanannya diperakui oleh setiap peserta yang mengikutinya. |
VisiMenjadi pencetus kepada perkembangan ilmu. MisiMembantu membangunkan modal insan yang benar, berkasih sayang, hormat menghormati, berwibawa, berdisiplin, berilmu, dan berwawasan. Membawa House of Mind Excellence (HOME)TM ke seluruh dunia dan bakal di Francais pada tahun 2015. MatlamatMelahirkan generasi Ulul Albab yang menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan. SloganRespect Each Other. |









Copyright © 2012 Qulhaq Consultancy. All rights reserved.